Aksi Johan Raja Lawak dan aweknya


Ceritanya aku petik dari laman mana ntah aku lupa. Ni petikannya:

SEINGAT CAK, sudah banyak kali cerita pengacara Raja Lawak yang satu ini keluar di ruangan ini, tetapi tidak satu pun berbekas di hatinya.

Hai, apa nak jadi? Lepas satu, satu cerita mengenainya diperkatakan. Terbaru, sikapnya yang disifatkan keterlaluan sampai ke pengetahuan CAK.

Kejadian itu berlaku depan mata teman CAK yang membuat liputan malam kemuncak Raja Lawak, baru-baru ini. Selepas acara berakhir, tenaga produksi, artis dan wartawan menikmati hidangan disediakan.

Ketika itu dia tanpa segan silu berpeluk-pelukan dengan teman wanitanya depan tetamu. Bukan sekali dua, tetapi banyak kali. Mungkin pasangan yang mabuk bercinta ini tidak perasan ramai wartawan memerhatikan perlakuan tidak manis mereka.

“Kejap-kejap peluk, rimas sungguh aku. Kekasih dia pun bukan orang lain, pelakon juga. Sepatutnya mereka pandai bawa diri dan menunjukkan contoh baik. Ini tidak, dah tak ingat dosa pahala.

“Kot ya pun bercinta, berpada-padalah sikit. Geli gelaman aku tengok. ‘Over’ sungguh!” kata teman CAK yang sememangnya berbulu dengan bekas peserta Raja Lawak musim pertama itu.

Walaupun tidak ada di lokasi kejadian, CAK dapat bayangkan situasi ketika itu. Harapnya selepas ini dia lebih peka dan berusaha berubah ke arah kebaikan.

Jangan biarkan diri hanyut dengan dunia glamor dan melakukan lebih banyak kesilapan.

  1. yeah, melayu mmg suka benda2 seks ni.

  1. No trackbacks yet.