Lelaki Kaya ajak Zizie Izzette tidur..

March 20th, 2009 | by admin | 5,782 views

DIKURNIAKAN seraut wajah jelita, kulit yang putih gebu dan susuk badan yang menggiurkan, namun ia tidak sesekali menjadi batu loncatan kepada aktres, Zizie Ezette untuk mendampingi lelaki kaya.

Tidak dinafikan, ada sesetengah artis baik golongan wanita mahupun lelaki yang sanggup ‘menjaja’ diri untuk menikmati kemewahan dalam masa singkat, tanpa mengenali erti dosa.

Zizie sebelum ini, tidak terkecuali pernah menerima ‘lamaran’ daripada golongan korporat yang bergelora jiwa ingin mengadakan hubungan intim dengannya.

“Terus-terang, ramai yang hendak mendekati saya sebelum ini, sebaliknya saya memang tidak berminat mengejar lelaki kaya semata-mata mahu hidup mewah.

“Saya pernah menerima panggilan daripada seseorang yang kaya sambil bertanya terus tentang harga untuk bermalam dengan saya.

“Dua atau tiga kali jugalah dia menanyakan soalan yang sama dalam menggunakan perkataan yang tidak saya fahami.

“Pada mulanya saya memang kurang jelas dengan ayat yang dimaksudkan oleh lelaki ini, namun akhirnya saya mula sedar bahawa ia merujuk mahu meniduri saya.

“Memang saya agak terkejut, malah terdiam seketika apabila dihubungi lelaki ini,” katanya ketika ditemui di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, minggu lalu.

Sambung aktres berusia 31 tahun itu, meskipun tergamam pada awalnya, namun dia segera mendapat kekuatan untuk menjawab semula kata-kata lelaki tersebut.

“Saya terus meminta maaf kepadanya sambil memberitahu bahawa saya bukanlah jenis wanita macam itu yang kemaruk dengan duit.

“Bukannya saya hendak cakap Zizie Ezette ini seorang wanita yang baik sangat. Ya, saya juga bersosial bersama teman lain serta mempunyai kehidupan tersendiri.

“Paling penting, saya masih tahu membezakan batasan-batasan tertentu dan sedar dengan perkara baik dan buruk.

“Saya tidak mahu jadi hipokrit, tetapi apabila tiba perihal macam ini dan berkaitan skandal dengan golongan korporat, memanglah bukan diri sebenar saya,” akui Zizie jujur.

Meskipun secara dasarnya Zizie berpakaian seksi dan sering memegang watak wanita yang kurang ‘elok’ dalam mana-mana drama yang dibintanginya, namun jangan cepat membuat andaian melulu tanpa usul periksa.

“Jangan cepat salah sangka tentang diri saya. Peminat harus mengenali saya terlebih dahulu sebelum bercakap itu dan ini.

“Saya bukannya manusia yang mengejar wang dan saya juga bukan jenis wanita yang menelefon lelaki untuk meminta duit bagi menampung seluruh kehidupan saya.

“Biarlah saya tidak memiliki apa-apa dan hanya ada sumber pendapatan menerusi bidang lakonan, tetapi saya tidak meminta-minta duit daripada orang lain.

“Semua benda yang saya miliki, kereta atau apa sahaja yang saya pakai, semua menggunakan duit hasil titik peluh saya.

“Alhamdulillah, saya sudah cukup bahagia dengan kehidupan yang ada sekarang,” tutur Zizie atau nama sebenarnya Zizie Ezette A. Samad sambil tersenyum manis.

p/s: camne orang tak ajak tidur, tengok tetek dia dlm gmbar atas tu. sengaja nak tunjuk la tu. putih mak aih.. tembam tu. pak imam pun boleh tercabut kopiah ni. Pelakon mmg gini la. Sengaja dia hebohkan cite ni la tu sbb nak naikkan populariti. Strategi gak ni kot. Aku rasa ramai dah yang ajak dia tidur sebelum ni, tapi sebabkan orang tu tak kaya, dia tak cite kat paper.

Related Posts with Thumbnails

Tags: ,

  1. 3 Responses to “Lelaki Kaya ajak Zizie Izzette tidur..”

  2. By Muslimah on Dec 22, 2009 | Reply

    Berpakaian demikian sudah cukup untuk memperjelaskan niat dihati si pemakai. Apa lgi sudah tentu untuk menarik perhatian. Bila banyak mata memandang, sudah pasti ia bakal mengundang maksiat. Nak kata apa, sendiri yg pilih cara begitu. Buat zizie atau sesiapa pun wanita jika ada orang yang berani mengajukan persoalan sepertimana yg dikemukakan kepada zizie, bermakna orang menilai bahawa anda bisa ditawar menawar. FIKIRKAN!!

  3. By online on Feb 22, 2010 | Reply

    belajar banyak

  4. By pedasnya on May 20, 2010 | Reply

    tengoklah dia kawin dengan sape sekarang? bukan ahli korporat?

Post a Comment